Perjalanan Mencari Chinta Series
it’s all begin setelah “mati” selama 5 tahun after the last series: dis[assemble(ing)] me, bila hati mula mencari makna dan maksud yg tersembunyi. perjalanan mencari chinta series adalah tanda-tanda kesinambungan percarian yg bermula sejak 15 tahun yg terbelakang; yg titik dengan menyirat nuansa kewarasan akal insan menurut taksiran dan niat yg satu: “aku mahu ke syurga”; jaringan runtunan kalbu yang menyelam erti “chinta pada Nya”; seluruh pancaindera dihurai dengan hawa fikir dan dampak zikir sampai tersalin makna dan pencarian apa itu chinta; dengan akal yang waras, dengan ilmu yg ikhlas+jujur, dengan rasa yg merendah....
Setiap satu dinyatakan untuk mengiakan dan menzahirkan intropspeksinya pada kalimah Illahi dan sunnah insan terchinta; demi memahami diri ini; diri yg kosong dan berongga. Juga, sebagai luahan rasa amuk jiwa seni yang nanar dan racau dengan bahan seni yg berkonsepkan ‘kematian makna”; yg penting dijilat hingga ke syurga.simulakrum yang menyembunyi hakikat kejadian dan buat kita terbuai bangga hingga ke neraka.
perjalanan mencari chinta adalah satu rasa dalam mencari makna seni yg berlandaskan cantik dan iman, asyik dengan hati yang mabuk pada makna dan maksud; yg berteras pertalian akal yg sehaluan dengan mentor; Raja Shariman: “barangsiapa mengenal dirinya ini,maka sesungguhnya dia mengenal Tuhan dan Penciptanya yg Agung”.
Katanya Ali bin Abu Talib: “Akal dipakai untuk mengetahui tatacara ibadah,bukan untuk mengerti rahsia al-Rububiyah”.Akal adalah rasionaliti yg bersandarkan ilmu pengetahuan; sementara estatik didorong oleh rasa seni yg berpunya dari pancaindera dan hasrat jiwa.
Tanpa cacat daya estatik, tanpa lupus nilai iman, itulah yg dicari dalam Perjalanan Mencari Chinta; yang membawa aku+kamu dan kita ke Firdaus. Dengan Izin.
Agar karam aku chinta keAkuan ke dalam Zat al-Khaliq
*antara petikan dari Nafas:Raja Shariman”
Perjalanan Mencari Chinta Series#01: Seeing Sound
Larit dengan alunan yg membuai rasa sentuh dan melankolik; tercetus perjalanan dengan renuk renuk bunyi yg dilhat dengan mata; mata akal. The idea is to produce 12 soundtrack “perjalanan mencari chinta” . Enjoy the first 3: